close
Skip to main content

Dasar Privasi Reddit

Berkuat kuasa: 1 Julai 2026. Terakhir Disemak: 26 Mei 2026.

Pengenalan

Di Reddit, kami percaya bahawa privasi merupakan satu hak. Kami mahu memperkasakan pengguna kami untuk menguasai identiti mereka.

Dalam dasar privasi ini, kami mahu membantu anda memahami cara dan sebab Reddit (“Reddit” atau “kami”) mengumpul, menggunakan dan berkongsi maklumat tentang anda apabila anda menggunakan laman web, aplikasi mudah alih, widget, API, e-mel serta produk dan perkhidmatan dalam talian yang lain (secara kolektif, "Perkhidmatan") atau apabila anda berinteraksi dengan kami atau menerima komunikasi daripada kami dengan cara lain. Kami mahu dasar privasi ini memperkasakan anda untuk membuat pilihan yang lebih baik tentang cara anda menggunakan Reddit. Kami harap anda dapat membaca keseluruhan dasar tetapi jika anda tidak berbuat sedemikian, berikut ialah TL;DR:

Reddit merupakan platform awam. Sebahagian besar komuniti kami bersifat terbuka dan sesiapa sahaja boleh melihat profil, siaran dan komen anda.

Secara lalai, kami mengumpul maklumat pada tahap minimum yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda. Jika anda sekadar ingin melayari Reddit, anda tidak perlu mempunyai akaun. Jika anda ingin mencipta akaun untuk menyertai subreddit, kami tidak mewajibkan anda memberikan nama sebenar anda kepada kami. Kami tidak menjejaki lokasi anda secara tepat. Malah, anda boleh melayari Reddit secara tanpa nama. Anda boleh berkongsi seberapa banyak atau sesedikit mungkin maklumat tentang diri anda yang anda mahu apabila menggunakan Reddit, walaupun anda mungkin mempunyai pengalaman ciri yang berbeza jika anda memilih untuk berkongsi sedikit maklumat itu.

Sebarang data yang kami kumpulkan digunakan terutamanya bagi menyampaikan Perkhidmatan kami, yang memberikan tumpuan pada menghubungkan pengguna dan membentuk komuniti. Kami tidak menjual data peribadi anda kepada pihak ketiga, termasuk broker data.

Hak privasi ialah hak semua pengguna. Di Reddit, sesiapa sahaja boleh meminta salinan data peribadi mereka, memohon pemadaman akaun atau mendapatkan maklumat tentang dasar kami.

Kami telah mencuba yang terbaik untuk menyampaikan dasar ini dalam bahasa yang mudah difahami, namun kami sedar bahawa dasar privasi kadangkala boleh menyebabkan kekeliruan. Jika anda memerlukan bantuan dalam memahami dasar ini atau sebarang perkara berkaitan Reddit, tanya sahaja.

Reddit Merupakan Platform Awam

Sebahagian besar maklumat dalam Perkhidmatan kami bersifat terbuka dan boleh diakses oleh semua pengguna, termasuk pengguna yang tidak mempunyai akaun.

Apabila anda menyerahkan kandungan (contohnya, siaran, komen atau mesej sembang) di bahagian awam Perkhidmatan, mana-mana pelawat dan pengguna Perkhidmatan kami akan dapat melihat dan berkongsi semula kandungan tersebut, termasuk nama pengguna yang dikaitkan dengan kandungan tersebut serta tarikh dan masa penyerahan asal kandungan tersebut. Kandungan dan maklumat tersebut juga mungkin muncul dalam hasil carian melalui enjin carian Internet seperti Google atau dalam respons yang diberikan oleh chatbot AI seperti ChatGPT oleh OpenAI serta dikongsi semula oleh orang lain tanpa keizinan atau di platform yang tidak dikawal oleh Reddit. Anda harus mempertimbangkan sifat keterbukaan Perkhidmatan ini sebelum membuat siaran. Dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda memberikan kebenaran kepada kami untuk berkongsi maklumat ini secara terbuka dan tanpa sekatan.

Akaun Reddit anda mempunyai halaman profil yang bersifat awam. Profil anda mengandungi maklumat tentang aktiviti anda dalam Perkhidmatan, seperti nama pengguna, siaran dan komen terdahulu, karma, trofi dan lencana pencapaian, nama paparan profil, bahagian perihal, pautan sosial, avatar atau imej profil, moderator, penyumbang serta status Reddit Premium, komuniti yang anda terlibat secara aktif dan tempoh anda menjadi ahli Perkhidmatan (ulang tahun akaun anda).

Kami menawarkan ciri perkongsian sosial yang membolehkan anda berkongsi kandungan atau tindakan yang anda ambil dalam Perkhidmatan kami dengan media lain. Apabila anda menggunakan ciri ini, maklumat tertentu boleh dikongsi dengan rakan anda atau orang awam, bergantung pada tetapan yang anda tentukan dengan pihak ketiga yang menyediakan ciri perkongsian sosial tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tujuan dan skop pengumpulan serta pemprosesan data peribadi berhubung dengan ciri perkongsian sosial, sila rujuk dasar privasi pihak ketiga yang menyediakan ciri perkongsian sosial ini (contohnya, Tumblr, Facebook dan X).

Reddit membenarkan moderator mengakses kandungan dan maklumat Reddit menggunakan bot dan alat moderator. Reddit juga membenarkan pihak ketiga lain mengakses kandungan dan maklumat awam Reddit menggunakan perkhidmatan pembangun Reddit, termasuk Benam Reddit, API kami, Platform Pembangun dan teknologi serupa. Kami mengehadkan akses pihak ketiga kepada kandungan ini dan maklumat agregat (contohnya, nisbah undian) sebelum berkongsi. Kami juga mengenakan bayaran lesen kepada pihak ketiga yang ingin mengakses kandungan dan maklumat dalam jumlah yang lebih besar. Terma Pembangun Reddit ialah terma standard kami yang mengawal cara perkhidmatan ini digunakan oleh pihak ketiga. Sila semak Dasar Kandungan Awam kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kandungan awam anda tersedia secara umum dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada Internet.

Maklumat yang Kami Kumpulkan


Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami
Kami mengumpul maklumat yang anda berikan secara langsung kepada kami apabila anda menggunakan Perkhidmatan. Maklumat ini termasuk:

Maklumat Akaun

Anda boleh menggunakan Reddit tanpa akaun. Jika anda mencipta akaun Reddit, akaun anda akan mendapat nama pengguna, sama ada yang anda berikan sendiri atau yang dijana secara automatik. Nama pengguna anda bersifat awam dan tidak perlu dikaitkan dengan nama sebenar anda. Anda mungkin perlu menyediakan kata laluan, bergantung pada kaedah pendaftaran yang anda pilih, sama ada menggunakan alamat e-mel, ciri Daftar Diri Tunggal (SSO) (seperti Apple atau Google) atau nombor telefon. Jika akaun anda tidak mempunyai kata laluan, kami mungkin akan menghantar mesej SMS kepada anda untuk tujuan pengesahan. Kami juga meminta anda memilih minat, atau beberapa minat, semasa penciptaan akaun (contohnya, sejarah, alam semula jadi, sukan) untuk membantu penjanaan kandungan dan pengesyoran komuniti atau memilih pengiklanan yang lebih berkaitan untuk anda. Apabila anda menggunakan Reddit, anda juga boleh memberikan maklumat lain, seperti bio, jantina, hari lahir, lokasi, bahasa, gambar profil atau pautan sosial. Anda boleh mengalih keluar atau menyemak maklumat ini pada bila-bila masa. Kami juga menyimpan keutamaan dan tetapan akaun pengguna anda. Bagi membantu kami meningkatkan pengalaman anda semasa meneroka Reddit, kami mungkin meminta maklumat sedemikian sebelum anda mencipta nama pengguna atau akaun.

Kandungan Awam yang Anda Serahkan

Kandungan awam yang anda serahkan termasuk siaran awam, komen dan mesej sembang, nama pengguna dan beberapa maklumat profil anda, serta metadata yang berkaitan. Kandungan awam yang anda serahkan juga mungkin termasuk teks, pautan, imej, gif, audio, video, perisian dan alat. Dasar Kandungan Awam kami terpakai pada kandungan ini.

Kandungan Bukan Awam yang Anda Serahkan

Kandungan bukan awam yang anda serahkan termasuk draf siaran atau komen anda yang disimpan, mesej bukan awam anda dengan pengguna lain (seperti mesej peribadi, sembang peribadi dan mod mail) serta laporan anda dan komunikasi lain dengan moderator serta kami. Kandungan bukan awam yang anda serahkan juga mungkin termasuk teks, pautan, imej, gif, audio, video, perisian dan alat. Kandungan tersebut juga termasuk maklumat yang anda serahkan apabila anda mengisi borang atau tinjauan, memberikan maklum balas, menyertai aktiviti, promosi atau program tajaan Reddit, meminta sokongan pelanggan atau berkomunikasi dengan kami.

Tindakan yang Anda Ambil

Kami mengumpul maklumat tentang tindakan yang anda ambil semasa menggunakan Perkhidmatan. Maklumat ini termasuk interaksi anda dengan platform dan kandungan, seperti aktiviti undi, simpan, sembunyi dan lapor. Maklumat ini termasuk juga interaksi anda dengan pengguna lain, seperti aktiviti ikut dan sekat. Kami mengumpul interaksi anda dengan komuniti, seperti langganan atau status moderator anda.

Maklumat Transaksi

Jika anda membeli produk atau perkhidmatan daripada kami atau melalui Perkhidmatan, anda perlu memberikan maklumat pembayaran untuk melengkapkan pembelian anda. Reddit menggunakan perkhidmatan pemproses pembayaran yang mematuhi standard industri (seperti Stripe) untuk mengendalikan maklumat pembayaran, dan perkhidmatan tersebut tertakluk pada terma dan syarat serta dasar privasi yang berasingan. Kami akan mengumpul maklumat berkenaan produk atau perkhidmatan yang anda beli (sebagai contoh, tarikh pembelian, jumlah pembayaran atau penerimaan, serta tarikh tamat tempoh dan pembaharuan). Kami juga mungkin mengumpul data blok rantai awam dan alamat, contohnya apabila anda membeli atau mencipta Avatar Koleksi, menerima atau mencetak NFT, atau mencipta Peti Simpanan Reddit. Walau bagaimanapun, kami tidak sekali-kali menyimpan maklumat kekunci persendirian Peti Simpanan Reddit.


Maklumat yang Kami Kumpul Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
Kami mengumpul maklumat secara automatik semasa anda menggunakan Perkhidmatan kami. Maklumat ini termasuk:

Data Log

Kami mengumpul maklumat sambungan peranti dan rangkaian apabila anda mengakses serta menggunakan Perkhidmatan. Maklumat ini mungkin termasuk alamat IP anda, rentetan ejen pengguna, jenis pelayar, sistem pengendalian, URL rujukan, maklumat peranti (seperti ID peranti), tetapan peranti dan nama pembawa mudah alih. Reddit akan memadamkan mana-mana alamat IP yang dikumpul selepas 100 hari, kecuali alamat IP yang digunakan untuk mencipta akaun anda.

Maklumat Penggunaan

Kami mengumpulkan maklumat tentang cara anda menggunakan Perkhidmatan kami, seperti halaman yang dilawati, cara anda berinteraksi dengan kandungan, iklan dan komuniti, tambah undi/tolak undi, pautan yang diklik, URL yang diminta dan istilah carian.

Maklumat yang Dikumpul Daripada Kuki dan Teknologi Serupa

Kami mungkin menerima maklumat daripada kuki, iaitu data yang disimpan oleh pelayar anda dan dihantar kembali kepada kami apabila permintaan dibuat, serta teknologi serupa. Maklumat ini digunakan untuk menyediakan dan mengekalkan Perkhidmatan kami, meningkatkan pengalaman anda, memahami aktiviti pengguna, memperibadikan kandungan dan iklan, mengukur keberkesanan pengiklanan dalam dan luar Reddit, serta meningkatkan kualiti Perkhidmatan kami. Sebagai contoh, kami menyimpan dan mendapatkan semula maklumat tentang bahasa pilihan anda serta tetapan lain. Lihat Notis Kuki kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara Reddit menggunakan kuki. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara anda boleh menyahdayakan kuki yang tidak penting, sila lihat “Hak dan Pilihan Anda” di bawah.

Maklumat Lokasi

Kami mengumpul maklumat tentang lokasi anggaran anda secara automatik berdasarkan Data Log kami. Kami juga mungkin menerima maklumat lokasi daripada anda apabila anda memilih untuk berkongsi maklumat tersebut pada Perkhidmatan kami, termasuk melalui tetapan Penyesuaian Lokasi atau dengan mengaitkan kandungan anda dengan lokasi.

Maklumat Awam Berkaitan dengan Anda

Maklumat yang kami kumpulkan tentang anda berdasarkan interaksi anda pada Perkhidmatan kami akan dipaparkan pada profil awam anda. Ini termasuk skor karma, trofi dan lencana pencapaian anda, moderator, penyumbang serta status Reddit Premium, komuniti yang anda terlibat secara aktif dan tempoh anda menjadi ahli Perkhidmatan (ulang tahun akaun anda), serta metadata yang berkaitan. Dasar Kandungan Awam kami terpakai pada kandungan ini.

Maklumat yang Disimpulkan

Kami membuat kesimpulan bagi atribut seperti julat umur, jantina dan/atau bahasa pilihan berdasarkan maklumat yang kami ada tentang anda.


Maklumat yang Dikumpul daripada Sumber Lain
Kami mungkin menerima maklumat tentang anda daripada sumber lain, termasuk daripada pengguna lain dan pihak ketiga, serta menggabungkan maklumat tersebut dengan maklumat lain yang kami ada tentang anda. Sebagai contoh, kami mungkin memperoleh maklumat berkaitan demografi atau minat anda daripada pihak ketiga, termasuk pengiklan (seperti maklumat bahawa pengiklan berminat untuk memaparkan iklan kepada anda), dan menggabungkan maklumat tersebut dengan data yang anda berikan kepada Reddit melalui pengecam akaun yang sama seperti cincangan alamat e-mel atau ID peranti mudah alih. Anda boleh mengawal cara kami menggunakan maklumat ini bagi memperibadikan iklan untuk anda dengan melayari menu Tetapan Pengguna dalam akaun anda, seperti yang diterangkan dalam bahagian bertajuk “Hak dan Pilihan Anda” di bawah.

Perkhidmatan yang Dipautkan

Jika anda membenarkan atau memautkan perkhidmatan pihak ketiga, seperti klien aplikasi mudah alih tidak rasmi untuk mengakses akaun Reddit anda, Reddit akan menerima maklumat tentang penggunaan perkhidmatan itu apabila kebenaran tersebut digunakan. Pemautan perkhidmatan juga boleh menyebabkan perkhidmatan lain menghantar maklumat akaun anda dengan perkhidmatan tersebut kepada kami. Sebagai contoh, jika anda mendaftar masuk ke Reddit melalui penyedia identiti pihak ketiga, penyedia itu mungkin berkongsi alamat e-mel anda dengan kami. Untuk mengetahui cara maklumat dikongsi dengan perkhidmatan yang dipautkan, lihat "Cara Kami Berkongsi Maklumat Anda" di bawah.

Maklumat yang Dikumpul Daripada Integrasi

Kami juga mungkin menerima maklumat tentang anda, termasuk log dan data penggunaan serta maklumat kuki, daripada laman pihak ketiga yang menyepadukan Perkhidmatan kami, termasuk teknologi benam dan pengiklanan atau API gedung aplikasi kami. Contohnya, apabila anda melawat laman yang menggunakan Benam Reddit, kami mungkin menerima maklumat tentang halaman web yang anda lawati. Begitu juga, jika pengiklan menggabungkan teknologi iklan Reddit, Reddit mungkin menerima maklumat terhad tentang aktiviti anda di laman atau aplikasi pengiklan, seperti jika anda membeli sesuatu daripada pengiklan tersebut. Anda boleh mengawal cara kami menggunakan maklumat ini bagi memperibadikan Perkhidmatan dan iklan dalam dan luar Reddit untuk anda seperti yang diterangkan dalam “Hak dan Pilihan Anda” di bawah. Jika anda menggunakan aplikasi Reddit iOS atau Android, kami juga mungkin menerima maklumat tentang anda daripada API gedung aplikasi, seperti tempat anda telah memilih untuk berkongsi maklumat julat umur anda yang dikaitkan dengan akaun Apple atau Google anda.


Maklumat yang Dikumpul jika anda Menggunakan Tawaran Reddit Tertentu

Pengguna Reddit Ads

Jika anda menggunakan Reddit Ads (platform pengiklanan layan diri Reddit di ads.reddit.com) bagi pihak perniagaan atau organisasi anda, kami akan mengumpulkan beberapa maklumat tambahan. Untuk mendaftar bagi Reddit Ads, anda perlu memberikan nama, alamat e-mel dan maklumat berkaitan syarikat anda. Reddit mungkin mendedahkan maklumat syarikat anda secara terbuka bagi mematuhi undang-undang yang berkenaan. Jika anda membeli perkhidmatan pengiklanan, anda perlu memberikan maklumat transaksi seperti yang diterangkan di atas dalam “Maklumat yang Kami Kumpul - Maklumat Transaksi,” dan kami juga mungkin memerlukan dokumen tambahan untuk mengesahkan identiti anda. Semasa anda menggunakan Reddit Ads, kami mungkin merekodkan ulang tayang sesi lawatan anda bagi tujuan khidmat pelanggan, penyelesaian masalah dan penyelidikan kebolehgunaan.

Pengguna Reddit Pro

Jika anda mendaftar untuk Reddit Pro bagi pihak diri sendiri, perniagaan atau organisasi anda, kami mungkin mengumpulkan maklumat tambahan daripada anda, termasuk jenis profil, nama, kategori industri, laman web dan saiz organisasi anda, jika berkenaan. Jika anda memohon ciri Reddit Pro tertentu yang terhad, kami mungkin meminta dokumen tambahan untuk mengesahkan identiti anda.

Peserta dan Bakal Peserta Program Reddit

Jika anda mendaftar untuk mengambil bahagian dalam Program Reddit (sebagai contoh, Program Penyumbang kami), kami akan mengumpulkan maklumat tambahan daripada anda (seperti nama, tarikh lahir, alamat, e-mel, maklumat cukai, ID kerajaan dan maklumat pembayaran) sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui penyedia kami. Maklumat tambahan ini digunakan dan dikongsi dengan penyedia pembayaran dan pematuhan pihak ketiga kami bagi menentukan kelayakan anda untuk mengambil bahagian dalam Program Reddit yang berkenaan, memudahkan pembayaran, serta mematuhi undang-undang. Penyedia tersebut dan perkhidmatan penyedia ini tertakluk pada terma dan syarat serta dasar privasi yang berasingan.


Maklumat yang Dikumpul oleh Pihak Ketiga

Kandungan Terbenam

Reddit memaparkan sesetengah kandungan yang dipautkan secara terus dalam Perkhidmatan melalui elemen benam. Sebagai contoh, jika siaran Reddit mengandungi pautan ke YouTube atau X, video atau tweet yang dipautkan mungkin dimuatkan secara langsung dalam Reddit daripada perkhidmatan tersebut kepada peranti anda, membolehkan anda melihat kandungan tanpa perlu keluar daripada Reddit. Secara umumnya, Reddit tidak mempunyai kawalan terhadap cara perkhidmatan pihak ketiga mengumpul data apabila mereka menyampaikan kandungan mereka melalui elemen benam ini secara langsung kepada anda. Oleh itu, kandungan terbenam tidak dilindungi oleh dasar privasi ini tetapi dilindungi oleh dasar perkhidmatan yang kandungan tersebut dibenamkan.

Pengukuran Audiens

Kami bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan yang menjalankan pengukuran audiens untuk mendapatkan maklumat demografi tentang populasi yang menggunakan Reddit. Bagi menyediakan maklumat demografi ini, syarikat berkenaan mengumpulkan maklumat kuki untuk mengenal pasti peranti anda.

Cara Kami Menggunakan Maklumat Anda

Kami menggunakan maklumat tentang anda untuk:

  • Menyediakan, mengekalkan dan meningkatkan Perkhidmatan;
  • Menyediakan perkhidmatan, kandungan dan ciri diperibadikan yang bersesuaian dengan umur kepada anda;
  • Memberi anda pengiklanan yang berkaitan, termasuk pengiklanan yang diperibadikan dalam dan luar Reddit;
  • Mengoptimumkan dan mengukur keberkesanan iklan yang dipaparkan pada Perkhidmatan kami;
  • Mengiklankan Perkhidmatan Reddit kepada anda di laman dan aplikasi lain, termasuk mengukur prestasi iklan tersebut;
  • Membantu untuk melindungi keselamatan Reddit dan pengguna kami, termasuk menyekat penghantar spam yang disyaki, menangani penyalahgunaan, mengehadkan kandungan tertentu mengikut umur dan menguatkuasakan hak kami, Perjanjian Pengguna Reddit serta terma dan dasar kami yang lain, serta mematuhi undang-undang yang berkenaan;
  • Menyelidiki dan membangunkan perkhidmatan baharu;
  • Menghantar notis teknikal, kemaskinian, makluman keselamatan, invois serta mesej sokongan dan pentadbiran lain kepada anda;
  • Menyediakan khidmat pelanggan;
  • Berkomunikasi dengan anda tentang produk, perkhidmatan, tawaran, promosi, acara dan program serta menyediakan berita dan maklumat lain yang kami fikir akan menarik minat anda (untuk mendapatkan maklumat tentang cara menarik diri daripada komunikasi ini, lihat “Hak dan Pilihan Anda” di bawah); dan
  • Memantau dan menganalisis sohor kini, penggunaan serta aktiviti berhubung dengan Perkhidmatan kami.

Cara Kami Berkongsi Maklumat Anda

Selain cara kandungan awam dikongsi seperti yang diterangkan di atas dalam "Reddit Merupakan Platform Awam", kami mungkin berkongsi maklumat dengan cara berikut:

  • Dengan persetujuan anda. Kami mungkin berkongsi maklumat tentang anda dengan persetujuan anda atau apabila anda memilih untuk berbuat demikian. Sebagai contoh, apabila anda menggunakan ciri perkongsian sosial untuk berkongsi kandungan dengan laman pihak ketiga seperti Tumblr dan X.
  • Dengan perkhidmatan yang dipautkan. Jika anda memautkan akaun Reddit anda dengan perkhidmatan pihak ketiga, Reddit akan berkongsi maklumat yang anda benarkan dengan perkhidmatan pihak ketiga tersebut. Anda boleh mengawal perkongsian ini seperti yang diterangkan dalam "Hak dan Pilihan Anda" di bawah.
  • Dengan penyedia perkhidmatan kami. Kami mungkin berkongsi maklumat dengan vendor, perunding dan penyedia perkhidmatan lain yang memerlukan akses kepada maklumat tersebut untuk melaksanakan tugas bagi pihak kami. Penggunaan data peribadi oleh pihak tersebut akan tertakluk pada langkah kerahsiaan dan keselamatan yang bersesuaian. Beberapa contoh: (i) pemproses pembayaran yang memproses transaksi bagi pihak kami, (ii) penyedia awan yang mengehoskan data dan perkhidmatan kami, (iii) penyedia pelayan dan pengukuran iklan pihak ketiga yang membantu kami serta pengiklan menyediakan iklan yang berkaitan dan mengukur prestasi iklan (dengan mendedahkan maklumat seperti ID kuki, alamat IP anda dan/atau versi cincangan e-mel anda, pihak ketiga ini mungkin menggabungkan maklumat tersebut dengan maklumat lain yang mereka sudah ada tentang anda untuk menyediakan perkhidmatan kepada Reddit), (iv) penyedia pengesahan umur yang membantu kami mengesahkan umur anda, (v) penyedia pematuhan yang membantu kami menentukan kelayakan anda untuk menyertai Program Reddit, dan (vi) penyedia LLM yang membantu kami untuk menyusun dan meringkaskan kandungan awam untuk hasil carian yang berkaitan di Reddit.
  • Untuk mematuhi undang-undang. Kami mungkin berkongsi maklumat anda jika kami percaya bahawa pendedahan tersebut adalah selaras dengan atau diperlukan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, proses undang-undang, atau permintaan kerajaan yang berkenaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada memenuhi keperluan keselamatan negara atau penguatkuasaan undang-undang. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami akan berusaha untuk memberi anda notis awal sebelum mendedahkan maklumat anda sebagai tindak balas terhadap permintaan sedemikian. Laporan Ketelusan kami mempunyai maklumat tambahan tentang cara kami bertindak balas terhadap permintaan kerajaan.
  • Dalam keadaan kecemasan. Kami mungkin berkongsi maklumat anda jika kami percaya bahawa perkongsian tersebut diperlukan untuk mencegah bahaya fizikal yang serius dan akan berlaku terhadap seseorang.
  • Untuk menguatkuasakan hak kami serta mempromosikan keselamatan dan perlindungan. Kami mungkin berkongsi maklumat jika kami percaya bahawa tindakan anda tidak konsisten dengan Perjanjian Pengguna, peraturan atau terma dan dasar Reddit yang lain atau untuk melindungi hak, harta benda serta keselamatan Perkhidmatan, diri kami dan orang lain.
  • Dengan ahli gabungan kami. Kami mungkin berkongsi maklumat antara dan dalam kalangan Reddit, serta dengan mana-mana syarikat induk, ahli gabungan, subsidiari, dan syarikat lain yang berada di bawah kawalan serta pemilikan yang sama untuk menyediakan, mengekalkan dan meningkatkan Perkhidmatan.
  • Maklumat yang diagregat atau dinyahkenal pasti. Kami mungkin berkongsi maklumat tentang anda yang telah diagregatkan atau ditanpanamakan sehingga maklumat itu tidak dapat digunakan secara munasabah untuk mengenal pasti anda. Sebagai contoh, kami mungkin memaparkan jumlah keseluruhan tambah undi pada sesuatu siaran tanpa mengenal pasti identiti pelawat atau memberitahu pengiklan jumlah pengguna yang melihat iklan pengiklan.

Cara Kami Melindungi Maklumat Anda

Kami mengambil langkah untuk melindungi maklumat anda daripada hilang, dicuri, disalah guna serta diakses tanpa kebenaran, didedahkan, diubah dan dimusnahkan. Sebagai contoh, kami menggunakan HTTPS semasa pemindahan maklumat. Kami juga menguatkuasakan kawalan akses teknikal dan pentadbiran bagi mengehadkan akses kakitangan kami kepada maklumat peribadi yang bukan awam.

Anda boleh membantu dalam memastikan keselamatan akaun anda dengan mengkonfigurasikan pengesahan dua faktor.

Kami akan menyimpan maklumat yang dikumpulkan selama tempoh maklumat itu diperlukan bagi tujuan asal pengumpulan maklumat tersebut. Kami mungkin mengekalkan maklumat tertentu bagi tujuan perniagaan yang sah dan/atau jika kami percaya tindakan tersebut adalah selaras dengan atau diperlukan oleh mana-mana undang-undang yang berkenaan. Sebagai contoh, jika anda melanggar dasar kami dan akaun anda digantung atau dilarang, kami mungkin menyimpan pengecam yang digunakan untuk mencipta akaun (seperti nombor telefon) bagi menghalang anda daripada mencipta akaun baharu.

Hak dan Pilihan Anda

Anda mempunyai pilihan tentang cara melindungi dan mengehadkan maklumat tentang anda yang dikumpul, digunakan dan dikongsi semasa anda menggunakan Perkhidmatan. Bergantung pada lokasi, anda mungkin berhak untuk membetulkan maklumat peribadi anda, menarik diri daripada amalan pengiklanan tertentu, atau menarik balik persetujuan bagi pemprosesan data jika anda telah memberikan persetujuan sebelum ini. Sila lihat “Maklumat Tambahan untuk Pengguna EEA, Switzerland dan UK” dan “Maklumat Tambahan untuk Pengguna California & Negeri A.S. yang Lain.” Di bawah, kami menerangkan cara untuk menggunakan hak ini. Reddit tidak akan mendiskriminasi pengguna yang menggunakan hak mereka di bawah undang-undang perlindungan data.

Mengakses dan Mengubah Maklumat Anda

Anda boleh mengakses maklumat anda dan mengubah atau membetulkan maklumat tertentu melalui Perkhidmatan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat halaman Pusat Bantuan kami. Anda juga boleh meminta salinan maklumat peribadi anda yang disimpan oleh Reddit dengan mengikuti proses yang dinyatakan di sini.

Memadamkan Akaun Anda

Anda boleh memadamkan akaun anda pada bila-bila masa daripada halaman tetapan dalam akaun anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati Pusat Bantuan kami. Apabila anda memadamkan akaun anda, profil anda tidak lagi dapat dilihat oleh pengguna lain dan dipisahkan daripada kandungan yang anda siarkan di bawah akaun itu. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa siaran, komen dan mesej yang anda serahkan sebelum memadamkan akaun anda masih dapat dilihat oleh orang lain melainkan anda memadamkan kandungan tertentu terlebih dahulu. Selepas anda menyerahkan permintaan untuk memadamkan akaun anda, kami memulakan proses pemadaman untuk mengalih keluar data anda dengan selamat dan sepenuhnya daripada pelayan kami atau mengekalkan data tersebut hanya dalam bentuk tanpa nama. Selepas menjalankan proses kami, Reddit tidak akan dapat memberikan akses kepada data yang dipadamkan. Kami juga mungkin mengekalkan maklumat tertentu tentang anda bagi tujuan perniagaan yang sah dan/atau jika kami percaya tindakan tersebut adalah selaras dengan atau diperlukan oleh mana-mana undang-undang yang berkenaan.

Mengawal Akses Perkhidmatan yang Dipautkan kepada Akaun Anda

Anda boleh menyemak perkhidmatan yang telah anda benarkan untuk mengakses akaun anda dan membatalkan akses kepada perkhidmatan individu dengan melawati halaman Aplikasi akaun anda (untuk kebenaran aplikasi pihak ketiga), bahagian Akaun yang Disambungkan dalam Tetapan Akaun anda (untuk Daftar Masuk Google, Daftar Masuk dengan Apple dan akaun X yang disambungkan), serta bahagian pautan Sosial dalam Tetapan Profil anda.

Mengawal Pengiklanan yang Diperibadikan

Anda boleh menarik balik kebenaran untuk kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan daripada pihak ketiga, termasuk rakan pengiklanan, bagi memperibadikan iklan yang dipaparkan kepada anda dalam dan luar Reddit. Untuk berbuat demikian, lawati bahagian Privasi Tetapan Pengguna dalam akaun anda di sini, jika menggunakan desktop dan dalam Tetapan Akaun anda jika menggunakan aplikasi mudah alih Reddit.

Mengawal Penggunaan Kuki

Kebanyakan pelayar web ditetapkan untuk menerima kuki secara lalai. Jika anda mahu, anda biasanya boleh memilih untuk menetapkan pelayar anda untuk mengalih keluar atau menolak kuki pihak pertama dan ketiga. Dalam sesetengah bidang kuasa, anda boleh mengemas kini keutamaan kuki anda pada bila-bila masa dengan melawati Tetapan Akaun anda. Pengguna tanpa akaun boleh mengemas kini dengan melawati “Keutamaan Kuki” di penjuru kanan sebelah atas reddit.com. Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk mengalih keluar atau menolak kuki, tindakan ini boleh menjejaskan ketersediaan dan fungsi Perkhidmatan kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengawal cara kuki dan teknologi serupa digunakan di Reddit, lihat Notis Kuki kami.

Mengawal Pengiklanan dan Analitis

Sesetengah penyedia analitis yang bekerjasama dengan kami mungkin menawarkan mekanisme penarikan diri tertentu. Kami juga mungkin menyediakan alat tambahan serta perkhidmatan pihak ketiga, mengikut keperluan dan ketersediaan, untuk membantu anda memahami teknologi penjejakan dengan lebih baik dan cara untuk anda boleh membuat penarikan diri. Sebagai contoh, anda boleh mengurus penggunaan dan pengumpulan maklumat tertentu oleh Google Analytics melalui Tambahan Pelayar Penarikan Diri Google Analytics. Anda juga boleh menarik diri daripada perkhidmatan Pengukuran Audiens yang disediakan oleh Nielsen dan Quantcast. Dalam sesetengah bidang kuasa, jika anda mempunyai akaun dengan kami dan anda melawati laman web kami dengan isyarat keutamaan tarik diri (seperti Kawalan Privasi Global) didayakan, kami akan menganggap perkara tersebut sebagai permintaan tarik diri.

Secara umumnya, anda juga boleh menarik diri daripada menerima iklan yang diperibadikan daripada pengiklan pihak ketiga dan rangkaian iklan tertentu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang iklan ini atau untuk melakukan penarikan diri, sila lawati laman Digital Advertising Alliance dan Network Advertising Initiative, atau jika anda seorang pengguna di Kawasan Ekonomi Eropah, Your Online Choices.

Jangan Jejak

Kebanyakan pelayar web moden menyediakan pilihan untuk menghantar isyarat Jangan Jejak kepada laman yang anda lawati sebagai petunjuk bahawa anda tidak mahu dijejaki. Walau bagaimanapun, tiada standard yang diterima secara umum tentang cara sesuatu laman harus bertindak balas terhadap isyarat ini, dan kami tidak mengambil sebarang tindakan sebagai tindak balas terhadap isyarat ini. Sebaliknya, selain alat pihak ketiga yang tersedia secara umum, kami menawarkan pilihan yang dinyatakan dalam dasar ini untuk membantu anda mengurus pengumpulan dan penggunaan maklumat tentang anda.

Mengawal Komunikasi Promosi

Anda boleh menarik diri daripada menerima beberapa atau semua kategori komunikasi promosi daripada kami dengan mengikut arahan dalam komunikasi tersebut atau dengan mengemas kini pilihan e-mel anda dalam keutamaan akaun anda di sini. Jika anda menarik diri daripada komunikasi promosi, kami masih boleh menghantar komunikasi bukan promosi kepada anda, seperti maklumat tentang akaun anda atau penggunaan Perkhidmatan anda.

Mengawal Pemberitahuan Mudah Alih

Dengan adanya persetujuan anda, kami mungkin menghantar pemberitahuan segera atau makluman promosi dan bukan promosi ke peranti mudah alih anda. Anda boleh menyahaktifkan mesej ini pada bila-bila masa dengan menukar tetapan pemberitahuan pada peranti mudah alih anda.

Mengawal Maklumat Lokasi

Anda boleh mengawal cara kami menggunakan maklumat lokasi untuk penyesuaian suapan dan pengesyoran melalui tetapan Penyesuaian Lokasi dalam Tetapan Akaun anda.

Jika anda mempunyai soalan atau tidak dapat mengemukakan permintaan untuk melaksanakan hak anda menggunakan mekanisme di atas, anda juga boleh menghantar e-mel kepada kami di redditdatarequests@reddit.com daripada alamat e-mel yang telah anda sahkan dengan akaun Reddit anda, atau serahkan permintaan anda di sini.

Sebelum kami memproses permintaan berkaitan maklumat peribadi anda, kami perlu mengesahkan permintaan tersebut melalui akses anda kepada akaun Reddit anda atau alamat e-mel yang disahkan dan dikaitkan dengan akaun Reddit anda. Jika permintaan anda ditolak, anda boleh merayu keputusan kami dengan menghubungi kami di redditdatarequests@reddit.com.

Pemindahan Data Antarabangsa

Reddit ialah sebuah platform global yang beroperasi di seluruh dunia. Kami memproses dan menyimpan maklumat pada pelayan yang terletak di Amerika Syarikat, dan kami mungkin memindahkan maklumat tersebut kepada ahli gabungan kami, penyedia perkhidmatan dan pihak ketiga lain yang terletak di pelbagai negara bergantung pada faktor seperti lokasi pengguna kami dan keperluan operasi.

Apabila kami memindahkan data peribadi pengguna di EEA, UK dan/atau Switzerland ke negara di luar rantau ini, kami memastikan tahap perlindungan yang mencukupi melalui mekanisme seperti keputusan kecukupan dan Klausa Kontrak Standard (dengan Adendum UK atau setara Switzerland, jika berkenaan), bersama dengan langkah-langkah tambahan, jika perlu.

Pendedahan Rangka Kerja Privasi Data EU-A.S., Sambungan UK dan Switzerland-A.S.

Reddit, Inc., mematuhi Rangka Kerja Privasi Data EU-AS (EU-U.S. DPF), Sambungan UK kepada EU-U.S. DPF, serta Rangka Kerja Privasi Data Switzerland-A.S. (Swiss-U.S. DPF) seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan A.S. Reddit, Inc., telah memperakui kepada Jabatan Perdagangan A.S. bahawa Reddit mematuhi Prinsip Rangka Kerja Privasi Data EU-A.S. (Prinsip EU-U.S. DPF) berkenaan dengan pemprosesan data peribadi yang diterima daripada Kesatuan Eropah dan United Kingdom dengan bergantung pada EU-U.S. DPF dan Sambungan UK kepada EU-U.S. DPF. Reddit, Inc., telah memperakui kepada Jabatan Perdagangan A.S. bahawa Reddit mematuhi Prinsip Rangka Kerja Privasi Data Switzerland-A.S. (Prinsip Swiss-U.S. DPF) berkenaan dengan pemprosesan data peribadi yang diterima daripada Switzerland dengan bergantung pada Swiss-U.S. DPF. Jika terdapat sebarang percanggahan antara dasar privasi ini dengan Prinsip EU-U.S. DPF dan/atau Prinsip Swiss-U.S. DPF, Prinsip tersebut akan diguna pakai. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Rangka Kerja Privasi Data (DPF) dan melihat perakuan kami, sila lawati https://www.dataprivacyframework.gov/.

Pematuhan Reddit, Inc. terhadap DPF tertakluk pada bidang kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan A.S. Mengikut DPF, Reddit, Inc., boleh dipertanggungjawabkan atas pemindahan maklumat kepada pihak ketiga yang tidak mematuhi DPF dalam pemprosesan maklumat peribadi, kecuali jika Reddit, Inc., bukan pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian yang mengakibatkan sebarang kerosakan yang didakwa.

Dalam sesetengah situasi, Rangka Kerja DPF memberi anda hak untuk menggunakan timbang tara yang mengikat. Timbang tara ini boleh digunakan bagi menyelesaikan aduan yang tidak dapat diselesaikan melalui kaedah lain, seperti yang diterangkan dalam Lampiran I kepada rangka kerja DPF. Selaras dengan EU-U.S. DPF, Sambungan UK kepada EU-U.S. DPF, dan Swiss-U.S. DPF, Reddit, Inc., komited untuk merujuk aduan yang tidak dapat diselesaikan berkenaan dengan pengendalian data peribadi kami yang diterima dengan bergantung pada EU-U.S. DPF dan Sambungan UK kepada EU-U.S. DPF dan Swiss-U.S. DPF kepada JAMS, sebuah penyedia penyelesaian pertikaian alternatif yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Jika anda tidak menerima pengesahan tepat pada masanya bagi aduan anda berkaitan dengan Prinsip DPF daripada kami, atau jika aduan tersebut tidak ditangani pada tahap yang memuaskan anda, sila lawati https://www.jamsadr.com/dpf-dispute-resolution untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mengemukakan aduan. Perkhidmatan JAMS disediakan kepada anda secara percuma.

Maklumat Tambahan untuk Pengguna EEA, Switzerland dan UK

Jika anda menetap di Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”) atau Switzerland, Reddit Netherlands B.V. ialah pengawal maklumat yang diproses berhubung dengan platform Reddit dan dasar ini. Jika anda menetap di United Kingdom (“UK”), Reddit, Inc. ialah pengawal data dan Reddit UK Limited ialah Wakil Reddit mengikut Artikel 27 GDPR UK.

Pengguna di EEA, Switzerland dan UK berhak untuk meminta akses kepada, pembetulan atau pemadaman data peribadi mereka; mendapatkan data mereka dalam format yang boleh dipindahkan dalam keadaan tertentu; meminta sekatan pemprosesan; membantah pemprosesan; serta menarik balik persetujuan bagi pemprosesan yang telah diberikan sebelum ini. Anda boleh menggunakan hak ini seperti yang diterangkan dalam bahagian “Hak dan Pilihan Anda" di atas. Pengguna EEA dan Switzerland juga berhak untuk mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa penyelia tempatan mereka.

Seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan, kami hanya mengumpul dan memproses maklumat individu di EEA, Switzerland dan UK apabila terdapat asas undang-undang yang sah untuk berbuat demikian. Asas undang-undang kami bergantung pada Perkhidmatan yang anda gunakan dan cara anda menggunakan Perkhidmatan tersebut.

Begitu juga, bergantung pada perkhidmatan, kami juga mungkin memproses maklumat yang sama untuk tujuan yang berbeza. Kami menerangkan di bawah tujuan pemprosesan ini, kategori data yang diproses dan asas undang-undang untuk memproses data ini, dengan lebih terperinci:

Pelaksanaan Kontrak

Cara kami menggunakan maklumat anda Kategori Maklumat yang digunakan

Menyediakan, mengekalkan dan meningkatkan Perkhidmatan, apabila anda mengakses atau menggunakan Reddit dan ciri-ciri Reddit, termasuk mencari atau menyerahkan kandungan (contohnya, siaran, komen atau mesej sembang), kami memproses data yang diperlukan untuk memenuhi kewajipan kontrak kami mengikut Perjanjian Pengguna kami, Kandungan Awam dan dasar lain.

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Kandungan Awam yang Anda Serahkan Kandungan Bukan Awam yang Anda Serahkan Tindakan yang Anda Ambil Maklumat Transaksi Maklumat Lain (cth. lokasi yang ditentukan oleh pengguna)
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Maklumat Awam Berkaitan dengan Anda Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja) Maklumat yang Dikumpul daripada Sumber Lain Perkhidmatan yang Dipautkan Maklumat yang dikumpul daripada Integrasi
Maklumat yang Dikumpul oleh Pihak Ketiga
  • Kandungan Terbenam Pengukuran Audiens

Membantu untuk melindungi keselamatan Reddit dan pengguna kami, termasuk menyekat penghantar spam yang disyaki, menangani penyalahgunaan, mengehadkan kandungan tertentu mengikut umur dan menguatkuasakan hak kami, Perjanjian Pengguna Reddit serta terma dan dasar kami yang lain

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Kandungan Awam yang Anda Serahkan Kandungan Bukan Awam yang Anda Serahkan Tindakan yang Anda Ambil Maklumat Transaksi Maklumat Lain
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Maklumat Awam Berkaitan dengan Anda Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)

Menghantar notis teknikal, kemaskinian, makluman keselamatan, invois serta mesej sokongan dan pentadbiran lain kepada anda

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Maklumat Transaksi

Menyediakan khidmat pelanggan

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Kandungan Bukan Awam yang Anda Serahkan Tindakan yang Anda Ambil Maklumat Transaksi Maklumat Lain
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)
Maklumat yang Dikumpul daripada Sumber Lain
  • Perkhidmatan yang Dipautkan

Memantau dan menganalisis sohor kini, penggunaan serta aktiviti berhubung dengan Perkhidmatan kami

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Kandungan Awam yang Anda Serahkan Kandungan Bukan Awam yang Anda Serahkan Tindakan yang Anda Ambil Maklumat Transaksi Maklumat Lain
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)
Maklumat yang Dikumpul daripada Sumber Lain
  • Perkhidmatan yang Dipautkan Maklumat yang dikumpul daripada Integrasi
Maklumat yang Dikumpul oleh Pihak Ketiga
  • Kandungan Terbenam pengukuran Audiens

Kepentingan Sah

Cara kami menggunakan maklumat anda Kategori Maklumat yang digunakan

Menyediakan, mengekalkan dan meningkatkan Perkhidmatan Kepentingan Sah berasaskan: Untuk menyediakan perkhidmatan Reddit: untuk menyokong, mengekalkan dan meningkatkan perkhidmatan Reddit untuk pengguna, untuk memupuk inovasi yang memberikan manfaat kepada komuniti pengguna kami Minat pengguna untuk mengakses perkhidmatan Reddit: untuk menyediakan ciri dan/atau produk baharu untuk pengguna serta pelanggan, dan memajukan peningkatan produk dipacu penyelidikan.

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Kandungan Awam yang Anda Serahkan Kandungan Bukan Awam yang Anda Serahkan Tindakan yang Anda Ambil Maklumat Transaksi Maklumat Lain (cth. lokasi yang ditentukan oleh pengguna)
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Maklumat Awam Berkaitan dengan Anda Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)
Maklumat yang Dikumpul daripada Sumber Lain
  • Perkhidmatan yang Dipautkan Maklumat yang dikumpul daripada Integrasi
Maklumat yang Dikumpul oleh Pihak Ketiga
  • Kandungan Terbenam Pengukuran Audiens

Menyediakan perkhidmatan, kandungan dan ciri diperibadikan yang bersesuaian dengan umur kepada anda Kepentingan Sah berasaskan: untuk menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian dengan umur, langkah ini menyokong kepentingan sah Reddit dalam menguatkuasakan dasar kandungan, mengurangkan risiko kawal selia dan memastikan pengalaman pengguna yang sesuai. untuk meningkatkan pengalaman pengguna dengan menyesuaikan perkhidmatan mengikut keutamaan individu

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Kandungan Awam yang Anda Serahkan Kandungan Bukan Awam yang Anda Serahkan Tindakan yang Anda Ambil Maklumat Lain
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Maklumat Awam Berkaitan dengan Anda Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)

Menyediakan pengiklanan yang berkaitan kepada anda, termasuk pengiklanan yang tidak diperibadikan di Reddit Kepentingan Sah berasaskan: untuk menyampaikan pengiklanan yang lebih berkemungkinan relevan kepada pengguna seperti berdasarkan anggaran lokasi anda

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Tindakan yang Anda Ambil Maklumat Lain
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Data Log Maklumat penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)

Mengoptimumkan dan mengukur keberkesanan iklan yang dipaparkan pada Perkhidmatan kami, dan iklan kami di laman dan aplikasi lain Kepentingan Sah berasaskan: untuk menilai prestasi kempen pengiklanan dan meningkatkan kaitan dan kualiti iklan yang ditunjukkan kepada pengguna. untuk mempromosikan perkhidmatan kami dan menilai kejayaan kempen pemasaran kami

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Tindakan yang Anda Ambil Maklumat Lain
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)
Maklumat yang Dikumpul daripada Sumber Lain
  • Maklumat yang dikumpul daripada Integrasi
Maklumat yang Dikumpul oleh Pihak Ketiga
  • Kandungan Terbenam Pengukuran Audiens

Membantu untuk melindungi keselamatan Reddit dan pengguna kami, termasuk menyekat penghantar spam yang disyaki, menangani penyalahgunaan, mengehadkan kandungan tertentu mengikut umur dan menguatkuasakan hak kami, Perjanjian Pengguna Reddit serta terma dan dasar kami yang lain, serta mematuhi undang-undang yang berkenaan Kepentingan Sah berasaskan: untuk mengekalkan laman yang selamat dan boleh dipercayai bagi pengguna kami dan untuk melindungi perkhidmatan, hak dan kepentingan sah kami

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Kandungan Awam yang Anda Serahkan Kandungan Bukan Awam yang Anda Serahkan Tindakan yang Anda Ambil Maklumat Transaksi Maklumat Lain
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Maklumat Awam Berkaitan dengan Anda Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)

Menyelidik dan membangunkan perkhidmatan baharu Kepentingan Sah berasaskan: untuk berinovasi dan meningkatkan tawaran perkhidmatan kami dengan memahami keperluan dan tingkah laku pengguna

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Kandungan Bukan Awam yang Anda Serahkan Tindakan yang Anda Ambil Maklumat Transaksi Maklumat Lain
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)
Maklumat yang Dikumpul daripada Sumber Lain
  • Maklumat yang dikumpul daripada Integrasi
Maklumat yang Dikumpul oleh Pihak Ketiga
  • Kandungan Terbenam Pengukuran Audiens

Berkomunikasi dengan anda tentang produk, perkhidmatan, tawaran, promosi, acara dan program serta menyediakan berita dan maklumat lain yang kami fikir akan menarik minat anda Kepentingan Sah berasaskan: contohnya, untuk komunikasi pengguna, untuk memastikan pengguna dimaklumkan tentang kemaskinian dan tawaran yang berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan kami oleh mereka

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)

Memantau dan menganalisis sohor kini, penggunaan serta aktiviti berhubung dengan Perkhidmatan kami Kepentingan Sah berasaskan: untuk memahami cara perkhidmatan kami digunakan dan meningkatkan fungsi

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Kandungan Awam yang Anda Serahkan Kandungan Bukan Awam yang Anda Serahkan Tindakan yang Anda Ambil Maklumat Transaksi Maklumat Lain
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)
Maklumat yang Dikumpul daripada Sumber Lain
  • Perkhidmatan yang Dipautkan Maklumat yang dikumpul daripada Integrasi
Maklumat yang Dikumpul oleh Pihak Ketiga
  • Kandungan Terbenam pengukuran Audiens

Kewajipan Undang-undang

Cara kami menggunakan maklumat anda Kategori Maklumat yang digunakan

Membantu untuk melindungi keselamatan Reddit dan pengguna kami, termasuk menyekat penghantar spam yang disyaki, menangani penyalahgunaan, mengehadkan kandungan tertentu mengikut umur dan menguatkuasakan hak kami, Perjanjian Pengguna Reddit serta terma dan dasar kami yang lain, serta mematuhi undang-undang yang berkenaan

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Kandungan Awam yang Anda Serahkan Kandungan Bukan Awam yang Anda Serahkan Tindakan yang Anda Ambil Maklumat Transaksi Maklumat Lain
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Maklumat Awam Berkaitan dengan Anda Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)

Persetujuan

Cara kami menggunakan maklumat anda Kategori Maklumat yang digunakan

Menyediakan perkhidmatan, kandungan dan ciri diperibadikan yang bersesuaian dengan umur kepada anda

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Kandungan Awam yang Anda Serahkan Kandungan Bukan Awam yang Anda Serahkan Tindakan yang Anda Ambil Maklumat Lain
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Maklumat Awam Berkaitan dengan Anda Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)

Memberi anda pengiklanan yang berkaitan, termasuk pengiklanan yang diperibadikan di Reddit Persetujuan untuk menyampaikan pengiklanan yang lebih berkemungkinan relevan kepada pengguna

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Kandungan Awam yang Anda Serahkan Tindakan yang Anda Ambil Maklumat Lain
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)

Menyelidiki dan membangunkan perkhidmatan baharu Persetujuan untuk tinjauan pengguna.

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun Kandungan Bukan Awam yang Anda Serahkan Tindakan yang Anda Ambil Maklumat Transaksi Maklumat Lain
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)
Maklumat yang Dikumpul daripada Sumber Lain
  • Maklumat yang dikumpul daripada Integrasi
Maklumat yang Dikumpul oleh Pihak Ketiga
  • Kandungan Terbenam Pengukuran Audiens

Berkomunikasi dengan anda tentang produk, perkhidmatan, tawaran, promosi, acara dan program serta menyediakan berita dan maklumat lain yang kami fikir akan menarik minat anda

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami

  • Maklumat Akaun
Maklumat yang Kami Kumpulkan Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami
  • Data Log Maklumat Penggunaan Maklumat yang dikumpul daripada kuki dan teknologi serupa Maklumat Lokasi (berasaskan IP sahaja)

Maklumat Tambahan untuk Pengguna California & Negeri AS yang Lain

Sesetengah undang-undang negeri AS, termasuk Akta Privasi Pengguna California ("CCPA"), seperti yang dipinda, menghendaki kami memberikan beberapa maklumat dan hak tambahan kepada penduduk, seperti yang dijelaskan dalam bahagian ini.

Sepanjang 12 bulan yang lalu, kami telah mengumpulkan kategori maklumat peribadi berikut daripada penduduk, bergantung pada Perkhidmatan yang digunakan:

  • Maklumat pengecam dan akaun, seperti nama pengguna Reddit, alamat e-mel, nombor telefon, alamat IP, serta maklumat kuki anda.
  • Maklumat komersial, termasuk maklumat tentang transaksi yang anda lakukan dengan kami.
  • Maklumat aktiviti rangkaian elektronik lain atau Internet, seperti maklumat tentang aktiviti anda dalam Perkhidmatan kami dan maklumat terhad tentang aktiviti anda dalam perkhidmatan pengiklan yang menggunakan teknologi pengiklanan kami.
  • Maklumat geolokasi berdasarkan alamat IP anda.
  • Mesej anda dengan pengguna lain (sebagai contoh, mesej peribadi, sembang peribadi dan mod mail).
  • Maklumat audiovisual dalam bentuk gambar, audio atau video yang diserahkan kepada Reddit.
  • Maklumat profesional atau berkaitan pekerjaan, serta maklumat demografi, tetapi hanya jika anda memberikan maklumat itu secara eksplisit kepada kami, seperti dengan mengisi tinjauan.
  • Kami juga membuat inferens berdasarkan data lain yang dikumpulkan untuk tujuan seperti pengesyoran kandungan, pengiklanan dan analitis.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang (a) jenis maklumat yang kami kumpulkan dan sumber maklumat tersebut dalam bahagian “Maklumat yang Kami Kumpulkan” dalam notis ini, (b) tujuan perniagaan dan komersial bagi pengumpulan maklumat tersebut dalam bahagian “Cara Kami Menggunakan Maklumat Anda”, dan (c) kategori pihak ketiga yang kami berkongsi maklumat tersebut dan tujuan perkongsian maklumat tersebut dalam bahagian “Cara Kami Berkongsi Maklumat Anda”.

Bergantung pada bidang kuasa anda dan tertakluk pada pengecualian dan pengehadan yang diperuntukkan oleh undang-undang tempatan, sebagai tambahan kepada hak yang disenaraikan dalam “Hak dan Pilihan Anda” di atas, anda mungkin mempunyai: hak untuk menarik diri daripada sebarang penjualan atau perkongsian maklumat peribadi anda, meminta akses kepada dan maklumat tentang amalan data kami, serta meminta pemadaman atau pembetulan maklumat peribadi anda, serta hak untuk tidak didiskriminasikan kerana menggunakan hak privasi anda. Bagi pengguna di negeri yang mempunyai undang-undang privasi yang berkenaan, anda boleh menggunakan hak anda melalui Tetapan Privasi anda. Anda boleh menarik diri daripada perkongsian maklumat peribadi anda dengan rakan kongsi pihak ketiga, yang digunakan untuk mengukur keberkesanan iklan Reddit pada platform lain dengan menandakan tetapan "Iklan luar Reddit" kepada dimatikan dalam keutamaan privasi anda. Reddit tidak "menjual" maklumat peribadi kerana terma tersebut ditakrifkan di bawah undang-undang privasi negeri yang berkenaan. Setakat pengetahuan Reddit, tiada maklumat peribadi pengguna berumur 16 tahun ke bawah yang "dijual" atau "dikongsi". Kami tidak menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi yang sensitif kecuali untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda atau seperti yang dibenarkan oleh peraturan yang berkenaan. Kami tidak melibatkan diri dalam pemprofilan pengguna dalam meneruskan keputusan automatik yang menghasilkan kesan undang-undang atau kesan yang sama pentingnya kerana syarat tersebut ditakrifkan dalam peraturan yang berkenaan.

Anda boleh menggunakan hak anda untuk mengakses, memadamkan atau membetulkan maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan dalam bahagian “Hak dan Pilihan Anda” notis ini. Apabila anda membuat permintaan, kami akan mengesahkan identiti anda dengan meminta anda mendaftar masuk ke akaun anda atau dengan memberikan maklumat tambahan, jika perlu. Anda juga boleh mengemukakan permintaan hak melalui ejen yang diberikan kuasa. Jika anda mengemukakan permintaan hak daripada ejen yang diberikan kuasa dan tidak mengemukakan surat kuasa wakil yang sah, kami mungkin meminta bukti bahawa anda telah memberikan keizinan bertandatangan kepada ejen tersebut untuk mengemukakan permintaan bagi menggunakan hak bagi pihak anda. Sekiranya tiada surat kuasa wakil yang sah, kami juga mungkin meminta anda mengesahkan identiti anda secara langsung atau mengesahkan bahawa anda telah memberikan keizinan kepada ejen yang diberikan kuasa untuk mengemukakan permintaan tersebut. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, anda boleh menghubungi kami melalui kaedah yang dinyatakan dalam bahagian “Hak dan Pilihan Anda” atau dengan menghantar e-mel kepada kami di redditdatarequests@reddit.com.

CCPA menghendaki kami mendedahkan metrik tertentu tentang pelbagai permintaan yang kami terima, seperti bilangan permintaan khusus yang kami terima daripada penduduk California pada tahun kalendar yang lalu. Lihat Pendedahan Metrik CCPA kami.

Maklumat Tambahan untuk Pengguna di Brazil

Semua maklumat tentang pemprosesan data peribadi anda diperincikan dalam Dasar Privasi, dan sebarang perbezaan yang timbul daripada penggunaan Undang-undang No. 13,709/18 ("Undang-undang Perlindungan Data Umum Brazil" atau "LGPD") akan dibincangkan dalam seksyen ini.

Sekiranya terdapat percanggahan antara Dasar Privasi dengan seksyen ini, seksyen ini akan diguna pakai untuk pengguna di Brazil.

Pengenalpastian Pengawal.
Untuk semua aktiviti pemprosesan yang berkaitan dengan pengguna di Brazil, pengawal ialah Reddit, Inc., terletak di 548 Market St. #16093, San Francisco, California 94104, United States.

Hak Anda.
LGPD memberikan hak tertentu berkaitan data peribadi anda, yang tidak mutlak dan mungkin tertakluk pada sekatan. Hak anda di bawah LGPD adalah seperti berikut:

  • Pengesahan sama ada data anda sedang diproses atau tidak.
  • Akses kepada data anda.
  • Pembetulan data yang tidak lengkap, tidak tepat atau lapuk.
  • Penyahnamaan, penyekatan atau pemadaman data, apabila berkenaan.
  • Pemadaman data peribadi yang diproses berdasarkan persetujuan, apabila anda memilih untuk menarik balik persetujuan.
  • Kemudahalihan data peribadi kepada pihak ketiga.
  • Maklumat tentang perkongsian data peribadi anda.
  • Maklumat tentang kemungkinan enggan memberikan persetujuan dan akibat masing-masing, apabila berkenaan.
  • Menarik balik persetujuan anda.
  • Meminta semakan keputusan yang dibuat semata-mata berdasarkan pemprosesan automatik data peribadi.

Sila ambil perhatian bahawa hak ini tidak bersifat mutlak dan mungkin tidak terpakai dalam keadaan tertentu.

Memenuhi Hak Anda.
Sebelum menjawab sebarang permintaan untuk melaksanakan hak yang dinyatakan di atas, kami mungkin meminta anda memberikan maklumat tertentu supaya kami dapat mengesahkan identiti anda. Kami akan memenuhi permintaan anda selepas identiti anda disahkan, mengikut undang-undang yang berkenaan.

Pemindahan Data Antarabangsa.
Untuk memudahkan operasi kami dan menyediakan Perkhidmatan yang anda iminta, data peribadi tertentu akan dipindahkan ke, digunakan, diakses, diproses dan disimpan di negara lain, termasuk Amerika Syarikat. Undang-undang privasi dan perlindungan data di negara ini mungkin tidak setara dengan undang-undang Brazil.

Jika maklumat peribadi anda dikongsi dengan ahli gabungan korporat atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga di luar Brazil, kami akan melaksanakan perlindungan yang diperlukan untuk menegakkan tahap perlindungan data yang mencukupi dalam tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang diterangkan dalam Dasar Privasi kami. Pemindahan antarabangsa ini dijalankan dengan menggunakan salah satu mekanisme sah yang diperuntukkan dalam LGPD dan peraturan yang dikeluarkan oleh Agensi Perlindungan Data Brazil (ANPD). Semua penerima tertakluk pada langkah teknikal, pentadbiran dan kontrak yang sesuai untuk memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti maklumat, mengikut undang-undang yang berkenaan.

Pegawai Perlindungan Data (DPO).
Selaras dengan Artikel 41 LGPD, Pegawai Perlindungan Data (DPO) kami bagi Brazil bertindak sebagai saluran komunikasi antara Reddit, subjek data di Brazil dan ANPD. Anda boleh menghubungi DPO secara langsung untuk sebarang pertanyaan, permintaan atau rayuan yang berkaitan dengan Maklumat Peribadi anda.

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang hak anda atau ingin membuat permintaan yang berkaitan dengan data peribadi, anda boleh menghubungi Pengawal atau Pegawai Perlindungan Data dengan menghantar e-mel kepada kami di dpo@reddit.com.

Perubahan kepada Dasar Ini

Kami mungkin mengubah Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan, kami akan memaklumkan kepada anda dengan mengemas kini tarikh di bahagian atas dasar ini. Jika perubahan tersebut adalah ketara mengikut budi bicara kami, anda juga mungkin akan dimaklumkan melalui e-mel ke alamat yang dikaitkan dengan akaun anda (jika anda telah memilih untuk memberikan alamat e-mel yang sah) atau melalui notis dalam Perkhidmatan kami. Kami menggalakkan agar anda menyemak Dasar Privasi ini secara berkala supaya anda kekal dimaklumkan tentang amalan maklumat kami dan cara anda boleh melindungi privasi anda. Dengan terus menggunakan Perkhidmatan kami selepas perubahan Dasar Privasi berkuat kuasa, anda dianggap bersetuju dengan dasar yang telah disemak.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai soalan lain tentang Dasar Privasi ini, sila hubungi kami di:

Reddit, Inc.
548 Market St. #16093
San Francisco, California 94104

Jika anda tinggal di Amerika Syarikat, pengawal data yang bertanggungjawab bagi maklumat anda ialah Reddit, Inc.

Untuk pertanyaan e-mel, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di redditdatarequests@reddit.com atau menghubungi Pejabat Perlindungan Data kami di
dpo@reddit.com.

Pengguna di Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland boleh menghubungi kami di:

Reddit Netherlands B.V.
Euro Business Center
Looiersgracht 43, 1016 VR Amsterdam

Belanda
dpo@reddit.com

Pengguna di United Kingdom boleh menghubungi kami di:

Reddit UK Limited
5 New Street Square
London, United Kingdom
EC4A 3TW
ukrepresentative@reddit.com

Pengguna di Brazil boleh menghubungi kami di:

Reddit Rede de Comunidades do Brasil Ltda
Rua Barão de Itapetininga, 37
Edifício Barão III – Sala 104
República 01042-916 São Paulo
dpo@reddit.com